Pernah suatu ketika, seorang sahabat Baginda SAW iaitu Ibnu Mas’ud didatangi lelaki yang kelihatan dari raut wajahnya dan bayangan matanya bahawa dia sedang dirundung duka. Lantas lelaki itu berkata: “Wahai Ibnu Mas’ud! Berikan kepadaku satu nasihat yang dapat kujadikan penawar untuk jiwaku sedang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku selalu kusut, makan tak lalu, tidur tak lena.”
Mendengarkan hal itu, Ibnu Mas’ud berkata: “Jika itu penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini; pertama, tempat orang membaca al-Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya baik-baik. Kedua, majlis pengajian ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah. Ketiga, cari tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tulus ikhlas.”
SUMBER
No comments:
Post a Comment