Monday, April 26, 2010

L.I. v2

Huh! Penat. Sakit kaki aku!


Masa mula nak pi tempat praktikal tu…memang berdebar habis. Dupdapdupdap… Oh ya! Aku praktikal kat Makmal Keselamatan dan Kesihatan Negeri Perlis. Mula2 tadi kenal dengan Encik Shuhaimi.. dia tunjuk kat aku lab mana yang sepatutnya aku bertugas sepanjang keberadaan aku kat situ.

  • For 1st 3 weeks – Additives and Standard Laboratory
  • Next 4 weeks – Pesticides Laboratory
  • Last 3 weeks – Heavy Metal Laboratory

Hari ni Encik Shuhaimi tu tak sempat nak briefing aku lagi dek kerna sibuk dengan kerja2 audit.

Bersyukur jugak sebab bukan aku sorang yang berpraktikal di sana. Ada lagi 2 orang. Sorang dari USIM – Wani. Dia kena masuk lab heavy metal dan minggu ni dah minggu last dia berpraktikal setelah 5 bulan dia lat situ. Sorang lagi dari UMS – Nad. Dia pulak ditugaskan di dalam lab pesticide. Depa lagi tua dr aku..tapi selamba dek jer panggil nama depa..hihi.. sempat jugak la aku bersoal selidik pasal kerja2 yang dilakukan di situ.

Hmm…tadi aku sempat melawat ketiga – tiga lab tu. Ha! Actually ada 1 lagi lab. Microbiology Laboratory. Tapi aku tak akan jejak situ memandang aku tak belajar langsung2 pasal microb2 ni… mula2 tadi masuk la lab additives and standard tu. Tak dak apa pun depa buat. Dok buat hal masing2 ja. Aku pun jejalan pusing 1 lab tu..nak biasakan. Rupanya lab additives tu kongsi dengan lab heavy metal. Pastu, Wani ajak aku pi lab pesticide. Katanya, lab additives dgn lab heavy metal tu tak ada sample lagi nak dianalisiskan. Ooohhh.. ya ka… haha.. patut la kosong semacam je aku tengok.. kami pun pi la tolong2 si Nad kat lab pesticide. Tolong mesin2 cabai besar, cabai melaka, halia n etc. proses tu dipanggil sub-sampling. Tengah elok aku dok melabel semua sample yang dah dimesin, sorang inche ni soh kuar. Huhu… aku pun apa lagi dengan perasaan sedih dan pilu menapak la balik ke lab additive tadi.. dah sampai sana, aku pi temuramah encik Husni lak. Psal lab heavy metal. Katanya depa buat analisis tengok ada dak pencemaran industry dalam sample makanan tu.. time tu dia tengah dok timbang sample ikan. Macam2 ikan ada tadi. Ikan kerisi, ikan sardine n apa lagi ntah.

Next, aku berkenalan dengan chemist bahagian Additives. Kak Hawa. Dia nampak macam busy ja… aku pun malas nak kacau dan duduk membalas mesej dari teman2 yang bertanya psal praktikal aku hari ni.. yang kat berpraktikal kat syarikat air Terengganu nu, siap bleh bawak laptop lagi kalau nak on9.! Pergh! Sempat pulak depa nak ber-atas-talian. Kalau tengok keadaan lab aku ni,, hmm… kirim salam awai2 la jawabnya.. busy semedang jer…… pagi tadi memang bosan tahap gaban la… tak dak apa yang nak dibuat. Nak membantu pun, chemist2 yang lain sibuk dengan menganalisa sample2 depa. Kak Ida-ketua makmal additives sarankan aku amik fail2 yang bersusun tu.baca apa yang makmal tu buat.

REHAT! Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Tekak aku dah kering gila tadi… kalau tak demam ni tak dak la tekak tu nak kering sampai lagu tu. Lepas rehat apa semua, solat apa, sambung balik. Siap sempat berbalas SMS dengan Yuki lagi. Bertanya itu ini mengenai tempat praktikal masing2. Dia praktikal kat makmal patologi hospital kuala kubu baru.

Masuk ja lab additives tu, tengok2 ada sample. Kak Hawa pun suruh la aku buat sub-sampling untuk bihun dgn ikan bilis. Kak Ting pun. Kena grind some of them dalam blender. Habis buat semua tu, sample yang tak habis di-grind kena seal balik. Simpan. Yang dah di-grind masuk dalam Tupperware kecik. Label. Pastu tlong wani label two-neck round bottomed flasks utk nak masukkan 40g sample fresh mango. Last, before balik tadi, timbangkan 5g sample bihun masuk dalam propylene tube. Pastu masuk TCA – trichloroacetic acid dalan tube tu. Then Kak Hawa vortex kan tadi.. later, sample2 tu di-overnight-kan. dan Kak Hawa pesan, mlm ni tidork awai…sok kita banya kerja ni.. nak buat determination of formaldehyde in mee hoon. Huhu…


The End.


p/s: sorry, aku taw boring tahap gaban entri ni…huhu… I'm wonder, apa patut aku tulis dalam buku log aku nanti? Macam ni bleh ka ?

8 comments:

  1. hah boleh lah tu..
    mcm buzy je krja kau ek?

    ReplyDelete
  2. heh? boleh ka?? cm plik je..cm diari...haha...

    a'ah..busy weh..bhgn additives ni bdk2 praktikal len kata agak busy... tadi aku ada survey step2 nak determine formaldehyde tu...byk kerenah gak tu...

    ReplyDelete
  3. ek? lapo? xde selera pn ak tgk ikan tu td... sejuk beku je.. huhu...

    btw, thx bce post yg x seberapa ni...=)

    ReplyDelete
  4. bez nye..sok baru nk g loji..apela keje nye nanti..xdela kot yg kait2 ngan mihun tu..hee.i maen air je..wee~

    ReplyDelete
  5. hee~ i maen dgn mknn jek..

    u main air elok2 taw..
    ^_^

    ReplyDelete
  6. hakhak..
    bz gle..
    bnyk keje kna buat 2..
    pi bez la..der bnyk keje leh buat..
    huhu..

    ReplyDelete
  7. best.tp penat. hheehe...

    sori la, bru reply comment ni. hehe.

    ReplyDelete