Sunday, June 20, 2010

:: Novel ::

"Alia..oo...Alia...." Laung Mak Ngah dari luar.

"Ya Mak Ngah." Sahut aku.

"Ni, surat. Mak Ngah ambik kat surau tadi." Mak Ngah menghulurkan surat bersampul surat putih dan bungkusan berbalut dengan sampul surat coklat.

Ek? Apakah?

"Oh...terima kasih Mak Ngah! Novel ni." Balas aku sambil senyum yang sudah melebar ke telinga.

____________________________________________________________________________


Seikat Kembang Merah - Imaen


Lalu siapakah harus dipilih kalau di sana cantik di sini menawan?
Ketika aku melangkah keluar, ada yang tertinggal di sini; angan-angan, harapan dan seluruh hati. Sebagai gantinya aku membawa bersama wajahnya, dan rindu padanya – Nur Tahani gadis bertudung labuh.
Aku memang telah jatuh cinta pada dia. ‘Bidadari’, versi dunia atau akhirat seperti dia hanya layak digandingkan dengan orang beriman.
Bagaimana mungkin perempuan cantik, berprofil tinggi dan terlahir dalam gedung Gucci seperti Nina mahukan aku? Dia hanya layak bersanding dengan lelaki kategori ‘arreviste-hooray henry’. Sedangkan aku hanya lelaki terbuang. Kelas kambing! Paria! Dalit!
Benarkah, kalaulah cantik itu pintu kepada cinta, setiap lelaki kena bertapa dalam gua dan jalan pejam mata?
Lalu aku melambung dadu terakhir. Kalau aku kalah sekalipun, aku sudah tiada apa-apa lagi untuk rugi. Sama ada aku lambung atau tidak dadu itu, aku tetap merana; merindukannya separuh mati dan mencintainya seumur hidup.
* * * *
Terimalah Seikat Kembang Merah daripada IMAEN; yang tetap menulis novel action-romantic, tetapi kali ini nadanya berbeza.

____________________________________________________________________________

Ha!
inilah novelnya.
Seikat Kembang Merah.
Ditulis oleh Inche Imaen.
^_^
Baru baca sikit tadi.
Novel ini sudah mampu buat aku senyum sorang2.
Hehe.

Aku kenal karya2 Imaen ni melalui cerita Vendetta yang dimuatkan dalam novel Gurindam Jiwa.

Oh! Vendetta sudah cukup untuk aku meminati karya2 penulis thriller-romantis ini.
Beliau menulis cerita thriller dengan gaya bahasa yang berbunga.
Sungguh menakjubkan.!
Selepas Vendetta, aku cuba nencari karya2 beliau yang lain.



Labyrinth juga milik dia.
Phew! Cerita yang sangat menarik!


Novel beliau yang ini tidak sempat aku habiskan.
Dek kerana bergelut dengan urusan kampus.
:err:
Terima Kasih aku ucapkan kepada Kira yang sudi meminjamkan novel ini.
Weh, aku nak pinjam lagi boleh dak? Nak sambung baca..Hehe.. *wink*

Hmm...yang ni ja yang tak baca lagi.
Ada sesiapa yang ada? Mahu pinjam. Hehe:pompom:


Sampai sini ja kot entri kali ni.
by the way, Inche Imaen boleh didapati di SINI dan SINI.



p/s: novel apa lagi yang sedap dibaca ? ^_^:reading:

3 comments:

  1. weh?
    da release ke?
    ak ingt kua ujung bulan.
    ko order on9 eh?
    t'cabar2...
    bohemian?
    aku kne godeh balik harta karun tu..
    haha

    ReplyDelete
  2. imaen mmg one of the best!
    saje nk tambah. :)

    ReplyDelete
  3. ha'ah..dh kuar.

    heheh~ aku beli on9. lgipn susah nk cri yg JS kt sini. mau tak mau kena order on9 la..

    ko ada bohemian? nak! hehe

    ReplyDelete