Sunday, August 1, 2010

Jalan. Jalan. Jalan. :)

:s::a::l::a::m::bee:


:pompom:
Seronok sangat hari ni.
Keluaq ke Plaza Angsana dan Teluk Danga bersama kawan-kawan dan kawan kepada kawan.
Hanim dari UIA dan Ida dari UiTM Shah Alam..
Thanks to you guys sebab bawak aku jejalan tadi.

Mulanya, cadang nak pi Teluk Danga dulu.
Tapi, atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, terpaksa pi Angsana dulu.
Hehe. Kesian depa.
Suruh lagi aku jadi tourist guide.

Sampai ja Angsana, terus pi cari makanan kat Medan Selera.
Lapaq gila kot! Sejam dalam kereta pusing2 cari jalan yang betul.

:err:

Lepas solat, aku bergerak ke gerai yang menjual kurma.
Heaven!
Suka sangat tengok kurma + buah aprikot + kurma cina.

:wink:
Teringat masa kat kolej dulu. bila kawan-kawan aku dapat kurma cina, sure depa bagi kat aku.
Hehe. Sebab depa tak makan, aku ja yang lalu nak makan.
Memang addicted gila la aku ni dengan kurma cina.
Tapi, tadi tak beli pun kurma cina tu.
Nampak ada sikit sangat plus kualiti pun macam kurang bagus ja. Hehehe.

Habis shopping kat situ, aku menapak ke UO.
Kaki aku laju ja jalan pi tempat baju.
Sale kot!
70%, 50%, 30%.

:dizzy:
Pening aku nak pilih mana satu.
Hehe.
Pilih pi, pilih mai, aku beli 3 seluaq.
Hoho.
1 untuk abang terchenta, 2 untuk adik tersayang.
Sale masa nak raya nanti beli untuk parent pulak!
Dan la kan tara duit nak masuk pulak. Hehe.

Kami selesai shopping jam 10.
Hehe. 3 jam. Sat ja tu kot.
Tapi aku agak kesian la tengok pakcik2 yang pi teman makcik2 pi beli-belah.
Nak tunggu 1 pasal, lama pulak tu kan.
Ikutkan hati nak lepak kat BADAN ja.
Tapi arahan dari big boss menghalang aku menjejakkan kaki ke situ.
Biarlah. Mungkin ada hikmah.
Cuma setahun.

Lepas tu, kami bergerak ke Teluk Danga.
Atau mungkin lebih popular dengan nama Danga Bay.
Nampak Singapura.
Nampak cruise.
Nampak laut.
Heaven.
Rindu.
Itu ungkapan yang tepat kalau tengok laut.

Rindu.

Rindu kepada seseorang. Kami hanya dipisahkan dengan satu garisan.
Kenangan itu subur, kekal, masih teguh di hati.
Rindu ini hanya Allah saja yang tahu.
Laut mengingatkan aku kepada dia.
Singapura juga mengingatkan aku kepada dia.
Cruise pun.
Kami sama-sama minat cruise satu ketika dahulu.
:look:

Ok, balik semula kepada Danga Bay.
First time sampai setelah 2 tahun setengah dok kat Johor.
Bak kata orang tu, benda wajib gini pun kau tak tau ke? Hehe.
Kat sini, meriah.
Penuh dengan manusia.
Mencari ketenangan, hiburan.
Ada jugak yang heret DSLR + tripod ke sini.
Gulp! Bila laaa eden boleh pegang nii... Nak sebijik! Hehhe.
Jalan. Jalan. Jalan.
Hehe.
Tak berminat langsung nak main apa-apa yang ada di situ.
Dan, sampai 1 tempat di mana budak2 muda main skate.
Sekelompok lagi pegang bike.
Main macam skate jugak, apa benda entah. Aku main sebut ja bike. Hehe.

Jalan lagi, sampai aku jumpak gerai otak-otak.
Pergh!
Lama gila tak makan kot.
Masuk kat kedai sat.
Beli ni....

Gambaq tak cantik, handphone murah ja. :(

Skateboard.
RM5 ja.
Tulis nama percuma.
Ingat nak beli macam bracelet gitu tapi takut tak pakai ja. Hehe.

Masa nak balik.....

Aku: Kan best kalau mai sini dengan....err...pakwe...kan?
H: Ish! Apa pulak pakwe. suami la. husband. haaa...
A: Hehe. yela2.. tengok macam tu(tangan sambil tunjuk kat dua orang), heaven. ada lagi baby, lagi heaven!(tunjuk pasangan yang lain pulak.)
H: Ye la sangat kau ni. entah2 tak kahwin lagi. maksiat ni tau. ish2... rosak2.. pukul berapa pun aku tak tau depa nak balik ni..
A: Aku dengaq pakcik guard tu kata, pukul 3 pun ada orang lagi.
H: Tu dia...

Tempat cenggitu, ramai je kan orang.
Cuba kalau check saf subuh kat masjid? berapa ja? isk..isk...insaf2..chek tak mau lagha2 dah.

A: Okeh2, prepare kad matrik.
Pak Cik Guard: Aik,? 2 ja, ada 5 orang.
A: Tak bawak pak cik.
PCG: Kolej mana ni?
Semua: Kolej Ihsan.
PCG: Ya ka? awat rasa lain macam ja. tu macam orang indon ja. Dah jalan.~

Penat disoal selidik dengan Pak Cik Guard.
Kalau yang couple tu, pak cik nak cakap macam mana?
Tu sapa? Isteri awak ka?
Patutnya pak cik soal selidik depa tu.
Mencegah sebelum parah. Kalau dah jadi, tak boleh nak buat apa dah.
Terima seadanya la.
Masa tak jadi apa2 ni la masa nak peda pun.
Haih.
:hot:


Pengajaran untuk hari ni:
1. Berguru habis-habisan bab2 jalan kat JB ni.
2. Hargailah masa anda.
3. Simpan duit untuk keperluan masa depan.



:w::a::s::s::a::l::a::m::sleep:

4 comments:

  1. agk lama yer ko cri jln g angsana tuh...
    belaja lagi ye..
    haha

    ReplyDelete
  2. kira| lama la jugak wei....sejam kot...haha...padahai dekat ja pun...hik3x..

    shera| hehe. :)

    hizb_addeen| :) mencari ketenangan dalam kekalutan hidup tu..

    ReplyDelete