Sunday, March 6, 2011

mati itu pasti. betul?

Salam.

Tok meninggal. pagi tadi (5/3/11) dalam pukul 1 lebih.

sedih? mesti. I'm bad in controlling my emotion. Huu~

menangis? sudah tentu. satu kematian yang mana bakal menyusul yang lain. mungkinkah diri ini yang bakal turut serta seketika nanti? Atau insan lain? Lecturer BI pernah habaq, "Crying is not a fault. tear drops from our eyes will sooner wipe out the Hell fire that will destroy our body. In fact, crying also can soothe your heart. cry if you feel you wanna cry. so, its not your weakness". Err.. Ayat tu mungkin tak serupa macam beliau cakap. ini dari apa yang aku paham. beliau cakap macam ni sebab ada student tu cakap weakness dia ialah menangis, masa sesi perkenalkan diri.

kematian adalah tujuan hidup kita. betul tak? sebab apa aku kata macam ni, kita hidup untuk mati dan mahu hidup selamanya di sana. tapi, aku hidup di dunia ini masih belum memenuhi standard Allah. terlalu banyak salah, terlalu banyak kekurangan, banyak weakness. banyak. standard yang Dia bagi tu kalau diikutkan macam senang. but, when it comes to action, Pheew!
People said, "Things are easier said than done." But to get the things done we must start it. to start doing things that we are not familiar with it, things that we stop doing it long time ago, are not as easy as people said. it depends on people's ability.

terima kasih kepada teman-teman yang tak putus-putus tembak doa dan memberi kekuatan. terima kasih pada yang menolong menguruskan jenazah, melawat arwah, dan kepada yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung. aku nak kongsi satu mesej dari teman yang memberi kesan kepada diri ini.

Innalillah.
Moga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..
apa pun sabar banyak-banyak.
kerana pemergian insan yang kita sayang membuktikan Allah lebih menyayangi dia.
kita yang hidup perlu meneruskan perjuangan dan tanggungjawab harian dengan penuh tabah.
moga ini satu ujian kecil yang menguji iman kita untuk mengajar kekuatan tauhid kita yang Allah itu memiliki segalanya.
kita ini hanya dipinjamkan sekejap.
semua milik yang kita sayangi atau benci akan kembali padaNya.
kita perlu sedar yang kita hanya hambaNya yang tak mampu untuk MEMILIKI atau MENGUASAI. walau orang yang kita sayang sekalipun.


mati itu pasti. takut jugak nak mati. risau tak ditempatkan di dalam kalangan umat Rasulullah. lepas Maghrib tadi, ada sedikit perkongsian. mengenai helah syaitan bila kita sedang nazak. syaitan akan datang dengan 7 dulang.

dulang yang:

  1. pertama: dia akan datang dengan dulang air. dia akan bagi air kat kita.
  2. kedua: dia akan menjelma sebagai binatang kesukaan kita. cth: kucing.
  3. ketiga: dia akan menjelma sebagai binatang yang kita benci, takut. cth: harimau.
  4. keempat: jika kita masa hidup suka ambil riba, maka dia akan menghamburkan duit kat kita.
  5. kelima: ditunjukkan bayangan neraka.
  6. keenam: ditunjukkan bayangan syurga.
  7. ketujuh: dia menjelma mengatakan dia lah tuhan, dia nabi.

kalau diperhatikan, semua yang tersenarai di atas semuanya benda yang boleh melalaikan kita. perkara yang membuatkan kita terlupa nak mengucap kalimah syahadah waktu tengah nazak tu. dan jika kita leka, maka dia berjaya menipu kita. jadi, jika seseorang sedang nazak, kita tak seharusnya meninggalkan dia seorang diri. kita mesti di sampingnya mengalunkan ayat-ayat alQuran dan mengajar kalimah syahadah.



jadi, marilah kita ramai-ramai mempersiapkan diri menghadapi kematian. Bak kata Stephen Covey [eh, ka Steven Covey?] , begin with the end of mind. apa yang aku paham, mari kita motivasikan diri kita dengan mengingati mati.

InsyaAllah. moga kita juga ditempatkan dalam golongan orang beriman.





* segala apa yang ditaip di atas adalah dari perkongsian selepas Maghrib tadi. *













psss: ce check Love Letter hampa semua guna kod ni => 13:29

No comments:

Post a Comment