Tahniah kepada individu yang dapat baucer buku.!
*drumroll*
dan ada sedikit pesanan, kalau ada yang tak tahu nak beli apa dengan baucer buku tu, sila beri pada yang memerlukan seperti aku! Haha.
bila sebut pasal baucer buku ni, kaki-kaki novel ni terus saja terfikir nak beli novel? Kan..kan??
Me? err...aku baru saja lengkap koleksi novel Hlovate 12 Januari lepas. tapi, novel yang terakhir Hlovate tu beli pakai duit sendiri. Sobs. Sedih la jugak tak dapat nak beli pakai baucer tu, tapi tak apa, yang penting koleksi tu dah cukup! Yeehaa!
Hari Sabtu lepas lepas, kami keluar berbelanja dengan baucer tu.. Sekeping baucer tu spend untuk kertas A4. 2 keping lagi kami spend di Popular.
and, as expected, orang kat Popular memang banyak gilaaa.. Masa mula-mula masuk keadaan buku-buku, alat tulis masih lagi tersusun kemas. Tapi, bila nak keluaq, penuh berselerak. Tskk..
***
Bahagian novel. Orang tak banyak. Ada seorang lelaki dan budak perempuan di sebelahnya. Aku mampir ke rak buku yang menjadi tumpuan mereka berdua. Timbunan novel Hlovate di tangan lelaki itu; 5 Tahun 5 Bulan, Contengan Jalanan & Versus. Ooo... nak beli novel Hlovate rupanyaa... Mata kembali ke rak. Deretan novel terbitan Jemari Seni di depan mata.. Mata mencari kelibat novel Imaen.. Bohemian, Sigaraning, Blues Retro bermain di minda.. Rooftop Rant?! Eh. Aku keluarkan novel tu dari susunan novel. Hanya ada satu. Aku letakkan supaya front covernya dapat dilihat dgn jelas. Haha, kenapa buat macam tu? Saja, nak pancing lelaki yang memegang novel-novel Hlovate tadi. dan aku beralih ke rak lain sebab kat rak tu tak ada novel Imaen! sobs. Tepat jangkaanku, mereka capai Rooftop Rant. Kedengaran suara si lelaki, "aA+bB dah ada kan?" Si perempuan menjawab, "Ya, ada dah". Maka terbitlah satu kesimpulan yang budak berdua ni nak buat koleksi novel Hlovate.
***
bahagian alat tulis. "Cuba ko baca buku-buku ilmiah sikit, tak kan nak angkut segala fail , pen, kertas A4 tu saja??"
***
pergi hari Sabtu, harus diingatlah NO PLASTIC BAG ON SATURDAY.
"Miss, ada tak beg hitan yang lipat-lipat tu?"
"Oh, recycle bag aaa.."
"Err..ya..ya.." "Kat kaunter ada, jangan risau. Eh sekejap. Leman, ada lagi tak recycle bag?"
"Tuuu...*sambil tangan tunjuk ke bahagian fail"
"Ooh,... Terima Kasih.." Aku sengih. Melayang RM4.90.
***
Baucer aku ada sekeping lagi, ada yang sudi nak bagi baucer lagi? Hehe
Till then.
No comments:
Post a Comment