Saturday, April 21, 2012

bulatan itu.

Salam.

Don't know where to start.


Turunkan si dia di tempat yang jarang-jarang aku turunkan. Tapi, sudah itu kehendak dia, aku pasrah. Teruskan perjalanan dengan fikiran menerawang.

Jalan mana harus diambil?
Adakah sempat membayar bil jalur lebar dia?



Saat aku melalui kiosk bayar jalur lebar, aku pasrah lagi sekali. bukan rezeki nak bayar harini.

Teruskan perjalanan menuju ke bulatan.

bulatan di lalui 1/4 tetapi signal sudah diberi. memberi signal saat melepasi 1/4 bulatan membuatkan pemandu lain terfikir aku mahu ke jalan 2/4. sedangkan di minda mahu mengambil jalan 3/4.

Ahh..aku harus mempercepatkan kelajuan ini. Signal dah TER-menyala.


Motosikal dirasakan bergegar sedikit, lalu tumbang. Aku terbaring.

Lekas, bangun! Kau di atas jalan! Minda mengingatkan.

Mata mula menerawang. Semua kenderaan berhenti. Bulatan itu kosong, tiada kenderaan.

Ya Allah, malunya...Ah..pedulikan pandangan orang..kutip semua buku2 yang bertaburan tu, cepat! Minda memberi arahan.

Lantas aku tunduk, mengutip semua buku-buku yang bertaburan. Buku "Spectroscopy" yang dipinjam dari Penyelia membuat aku bertambah sayu. Buku iu turut terheret, mujur hanya terkoyak sedikit di tulang buku. Kugagahi mengangkat motosikal dengan tangan  menggeletar. Seorang lelaki datang membantu menongkat motorsikal tersebut.

"Kak, macam mana? Ok ka?"

"Ya..ok.ok... Tolong tengok, boleh hidup lagi tak?" sambil tangan tunjuk ke arah kenderaan yang diangkat.

Deruman motosikal membuat aku lega. Hidup lagi.

"Kak, macam mana, Ok ka ni?" Seorang lagi datang bertanya. Jawapan yang sama aku berikan. Masih lagi boleh berdiri, ok lah kan.

Malu tak terkata dengan pandangan orang sekeliling dari dalam kenderaan masing-masing. Terkebil-kebil aku naik motosikal yang telah dihidupkan. cuba untuk mengimbangkan diri. Pandang lutut, ahhhh...lukaaa... Berkali-kali soalan yang sama diutarakan. aku hanya mampu menjawab, "Ok, Terima Kasih." Maaf kepada pemandu-pemandu di bulatan. maaf atas kesesakan yang telah berlaku.

Masuk gear, tangan kanan memulas minyak. Pada asalnya tangan kiri di handle motosikal, lepas beberapa ketika tangan kiri bertukar ke lutut, pedihnya mula terasa.


Nak berhenti di mana ni?? Badan dah mula menggeletar.

Selepas melalui 1 traffic light, aku memilih untuk berhenti di satu pondok bas. Motosikal ditongkat. Tangan mula menyelongkar beg, mencari telefon untuk mendail nombor emak.

"Mai ambik. Saya di depan kedai perabot ni."

"Perabot mana pulak?"

"Mai la. kedai berdepan dengan Taman FGH tuu.."

"O..tunggu sat.Telefon ayah dak lagi?"

"Dak lagi, mak telefon lah."


Tangan pintas mendail mendail nombor rumah. Pandangan orang lalu lalang tak dihiraukan lagi.

"Sat lagi, kalau ayah balik, bagi kain satu tau."

"Okay.okay...hang kat mana ni?"

"Tunggu aku balik lah"

Lambatnya... mana mereka ni. mata macam dah terlebih masuk habuk. Nombor ayah didail.

"Ayah, mai ambik. saya ada di depan kedai perabot."

"Mana pulak?"

"Ayah mai saja la"

Minda dah tak tertafsir di mana aku sekarang. Panik.

Dari jauh aku dengar deruan kenderaan itu. Yeah, ayah datang.

"Awat jadi lagu ni nih?"

Air mata merembes keluar. Jawapan diberi dengan linangan air mata.

"Naik, naik cepat."

"Tu laa...orang bawak motor elok2. bukan ganaih2."

Zzzappp! Aku pulak yang kena marah. Sobs. Tapi tu la, we should blame ourselves first. not others.

***
 Khamis malam,
"Habaq la kat depa."

"Tak mau."

Sabtu pagi,
"Habaq la kat depa. Sat lagi depa kata apa pulak."

"Hmm..Ya la. ya la.."


Maaf kepada sesiapa yang tak dapat berita ni in the first place.




Cukup la sampai sini kisah itu. Terasa diri ini disayangi pabila diberi peluang untuk hidup semula. Alhamdulillah.Thank You Allah.

Tak teruk mana. Cuma luka sikit saja. :)

Saat luka itu terasa pedih,

Pedihnyaaa....tapi pedih lagi saat kematian, kan?


***


Alhamdulillah. dapat cuti rehat. Boleh rehatkan fikiran dan plan for a new step for my research. Congratulation to my co-supervisor, her wedding is today. Tak dapat ikut geng PG pergi kenduri dia. Sobs. Oh ya, sebelah pulak ada Sukaneka. Tak dapat nak turut serta juga. :(





I miss Dragon badly. T___T Err..not G-Dragon okayyy. XD




14 comments:

  1. Salam Alia...
    :(

    Sabar banyak2...
    Ingat, ALLAH uji kita sebab ALLAH sayang kita...
    ALLAH tengah uji Alia sebab ALLAH sayang Alia...
    Uhibbuki fillah... :D

    ReplyDelete
  2. glad that u r ok.
    ko pk jao sgt kot?
    heheh
    chill babe.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah u're ok..its ok u didnt tell me n d others at first..we all understand.....terkezut n terr pape sume la kn...hope u get well soon..come to PG!!!...get enough rest...finish in 1 year if can!!!chaiyokk2!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh!! I'll be back there soon!! tapi aku jalan terkedek-kedek lagi ni. hahah.

      Delete
  4. *terkebil-kebil*
    *speechless*
    dah pi check?? klu belum, u better go. takut ada inner organ injuries.
    tc

    ReplyDelete
    Replies
    1. XD

      dah. right after balik rumah, terus pegi emergency.
      okeh, thanks.

      Delete
  5. Alhamdulillah nasib baik ko ok.
    Next time hati2 ye.
    Yg takutnya bila jatuh pastu kena sapu dgn kenderaan lain.
    Mintak dijauhkanlah

    ReplyDelete
  6. sebak plak rase.alhamdulillah,takde ape2 yg teruk berlaku kn.lain kali hati2,ok!=)

    ReplyDelete
  7. okeh.
    macam tengah baca novel. hehe
    syafakillah my dear :)
    dapatkan check up cepat2 kalo ada rasa apa2 yg pelik2 lepas ni k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep.noted, miss OT. :) . tengah berjaga-jaga juga ni.

      Delete