Friday, July 16, 2010

..:: Handle with Care ::..

Assalamualaikum w.b.t.

Masa tengah sedap diulit mimpi, :sleep:tiba-tiba telefon bimbit SE berlagu. lagu I'm A Loner. ooh. ada orang telefon. Dengan pergerakan yang longlai, aku capai SE.

Withheld

'Uiks? garupaleMana nombor dia ni? Nombor pejabat la ni. Tak pa..Tak pa.. angkat ja.' Getus hati aku.

Tanpa membetulkan suara, aku tekan "Answer".

Hello. ini dari pejabat Celcom. dari Menara Celcom Kuala Lumpur.
(suara orang Indonesia. Lelaki. perasaan cuak mula menyelinap di hati.)

Ya.
(apa pasal pulak la telefon aku sekarang? nak kata tak bayaq bil jalur lebar, tak mungkin. aku baru bayaq semalam.hmm...gigil)

Saya _____ (apa tah nama dia. dia ada habaq. sekali dengan jawatan dia.)

Ya.
(takkan pasal nombor telefon bimbit aku kot? aku guna prabayar ja kot. sekarang ni pun tak dak kredit nombor ni. haish..cuak..cuak... gigil risau jugak kot dia telan kredit celcom aku. tapi buat apa nak heran, mana ada duit dalam tu.)

sebelum itu, betulkah talian saya ini bersambung dengan 013-1234567?
(dia cakap nombor celcom aku. nombor aku taip tu, aku reka ja demi kesejahteraan semua.angkatkening)

Ya. betul.

Ok. jadi di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada cik sekeluarga kerna telah menerima hadiah dari pihak kami.
(jeng....jeng....apa dia la pulak hang nak habaq kat aku)

sebanyak RM 7000 akan dimasukkan dalam akaun cik.
(Gulp! hah Banyak tu. tapi...macam tipu ja benda ni..takpa...takpa...dengaq dulu apa dia mahu omong)

jadi boleh tak kami mahukan nombor akaun cik untuk memasukkan sejumlah wang itu? cik ada akaun bank?
(Ha! agak dah.! adei la. runnning2.. fikirkan helah. fikirkan helah..gigitjari)

ooh.! saya tak ada akaun. semua akaun saya berdaftar atas nama ibu saya.
(ha.ha.ha. aku tak tipu.takbole cuma berhelah. memang aku pernah ada akaun bank berdaftar atas nama ibuku.)

er..apa?saya kurang jelas tadi.

ooh.! saya tak ada akaun. semua akaun saya berdaftar atas nama ibu saya.
(aku ulang balik.)

hmm...cik berminat tak nak menerima hadiah ini.?

dengan tenang dan penuh dedikasi, aku jawab...

Tak.

Tuuut...tuuut...
talian terputus. dia yang putuskan.

HAHAHA.
Nampak sangat kau menipu aku! mujur kau nombor telefon kau tak naik di skrin SE. kalau tidak sudah pasti aku adukan ke pihak yang berkenaan.

tepuktangan
Syabas dan terima kasih aku ucapkan kepada kau kerna mengejukan aku dari tidur.
pening-pening lalat jugak tadi masa jawab telefon tadi dek kerna mengambil ubat selsema.
bila dengarkan kau mintak nombor akaun, habis semua lalat yang berpusing2 tu terbang.! hahaha.


star
aku ingat tadi nak sambung tidur balik dek kerna lalat yang tiba-tiba hilang datang semula ke kepala.
star
tapi dek kerna aku rasa nak kongsi dengan hampa semua, aku gagahkan diri bangun dari tempat beradu untuk menaip tentang hal yang baru berlaku sekejap tadi.
star
jadi, di sini aku nak cakap, pandai-pandai la korang berhelah kalau berdepan situasi begini, malah jika ada yang lebih hebat lagi.
star
berhelah ye. bukan menipu.senyum
star




2 comments: