Saturday, November 6, 2010

.Unstable.

Salam. :S

Feelin' upside down. dalam 2 3 hari ni. start with a very super duper painful stomach. due to unstable time taking meal. Sheesh! Memang menyiksakan jiwa raga. habis sakit 1 badan.

ditambah pulak dengan 1 kejadian yang tak diduga. kehilangan yang menyakitkan. boleh dikatakan jadi membuatkan aku bisu tanpa suara, senyum tanpa rasa. sangat pahit untuk ditelan. sangat susah untuk dihadam. sudahlah kehilangan yang sebelum ini masih lagi terasa, masih lagi tidak dapat menerima. dan mungkin ada insan - insan yang terasa dengan sikap diri ini yang tiba - tiba dingin tanpa kata, gelak mahupun sokongan serta kerjasama. seribu maaf diucapkan. diri ini tidak berdaya mengharungi semua ini. semua yang berlaku bagaikan 1 tamparan hebat (:puteh_30:). Agak susah untuk diri ini menerima kehilangan seperti ini. kehilangan yang membuatkan diri ini turut rasa hilang dari alam realiti ini.maaf diucapkan kepada yang terasa dengan diri ini. mungkin segala pertanyaan serta panggilan terhadap diri ini ada yang diabaikan. mungkin secara tak sengaja dek kerna mengingatkan kehilangan yang baru berlaku. setiap masa pasti ada yang terimbas secara tak disengajakan. ada yang mengingatkan diri ini dengan tanpa disuruh. bagaikan 1 penggambaran yang berlaku pada 1997-an.

sekarang, aku masih dalam masa mencari semula diri yang hilang dek kerna kehilangan tersebut. maaf lagi sekali kerana diri ini tidak dapat menjadi se-profesional yang disangka. diri ini masih lagi mementingkan emosi, perasaan akan kehilangan ini. maaf. maaf. maaf.

tambahan pula, diri ini terbaca ini : Amaran Banjir Fasa 2 di omaQ.org... makin merungsingkan. memikirkan bagaimana diri ini mahu pulang. memikirkan keadaan di rumah. segalanya bercampur aduk dalam otak yang seberat 1400 gram ini.


Allahu Rabbi.... berat rasanya ujian kali ini....:'(

Allahumma yassir wala tu 'assir..

No comments:

Post a Comment