Thursday, January 13, 2011

monologue #3


:err:
Susahnya bila dah suka seseorang.
bila dah suka, apa yang indah diharap dari dia.
apa sahaja yang dilakukannya seolah-olah itu juga urusan kita.
bukan kerana ingin menyibuk di pinggiran kain dia.
tapi,
rasa suka kepada dia membuatkan kita mengabaikan nasihat orang tua-tua,
"Jangan jaga tepi kain orang".
malah,
mengharapkan dia dapat menghiburkan bila-bila masa.
dengan kepakarannya membuat humor, seolah-olah si dia harus sentiasa membuat humor.
si dia juga kita harapkan untuk sentiasa membuat kita tersenyum,
sentiasa membuat kita bahagia di hari itu..


tapi, kita harus ingat,
orang yang disukai itu,
seorang manusia.

Ya.
manusia.
selama mana dia manusia,
selama itu kita harus faham dia masih punya perasaan,
masih punya ups and downs dalam harinya.

usah mengharap dia sempurna untuk menjaga hati kita,
dia juga ingin merasa kita menjaga hatinya.




p/s: Errkk...mana pi novel Hlovate aku...Hmm...yang ada hanyalah Schubert Serenade Versus & [tunas] saja nih. Haih. Rindu kat Addin.

No comments:

Post a Comment