:)
Hmm..tak banyak benda nak cakap, cuma nak kongsi satu ayat ja.
"BE THANKFUL"
Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada.
Masih terngiang kata-kata Prof Tariq Ramadan,
Jangan mengeluh tatkala kereta kita teruk selepas kemalangan, tetapi bersyukurlah kerana kita masih punya nyawa untuk terus bernafas di bumi Allah, masih punya upaya untuk memiliki kenderaan baru. :)
Entri ini sepatutnya keluar hari Jumaat lepas. Keke. tapi dek kerna tiba2 dapat mesej dari Big Boss, terus lupakan blogger.com buat sementara waktu.
Eh, tiba2 train menyimpang pulak, naik track balik.
Bersyukurlah sentiasa dengan apa yang kita ada sekarang.
bagaimana untuk bersyukur?
Ucapkan TERIMA KASIH selalu. :)
when people doing something good for you, say "THANKS".
AWAS! jangan berharap ucapan itu dari orang lain tatkala anda menolong orang lain, tetapi bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk menolong insan lain dan menambah akaun pahala anda. :)
***
Iklan sebentar...
Motorsikal diberhentikan tatkala melihat lampu isyarat bertukar warna kepada merah. Minda menerawang ke serata tempat, memikirkan itu ini. Tiba-tiba kaki terasa sesuatu. Jack (Tongkat motor) tak diangkat! Argghh~ mujur ayah tak nampak. hehe.
Belum sempat jack tersebut dinaikkan, kedengaran suara di sebelah, "Angkat jack tu." Sekilas aku memandang insan tersebut. Malu. bagaimana beliau perasan? Ahh~ pedulikan, yang penting lakukan apa yang beliau katakan. Kaki pantas menaikkan jack. Sekali lagi kedengaran, "Angkat jack tu.." "Angkat dah" Senyum dalam keadaan cuak dan takut. Dalam hati berharap, janganlah beliau beritahu ayah..
Beliau datang dengan tiba-tiba membuatkan aku tak tahu macam mana nak berinteraksi. Maafkan diri ini, ucapan maaf langsung lupa untuk diucapkan. Sungguh tidak bersyukurnya diri ini tadi. Syukurlah, beliau masih mahu menegur. Dengan ini, saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH tak terhingga.
Tegur tandanya apa?
Jawab sendiri.
Sekian perkongsian kali ini.
Jumpa lagi di lain lembaran.
:)
Salam.

No comments:
Post a Comment